beE's gAnG~

Wednesday, April 25, 2012

Tanda-Tanda Gangguan Makhluk Halus..

sharing untuk sahabat-sahabat sekalian..

Masya-Allah...


Umumnya gangguan makhluk halus boleh terjadi keatas sesiapa sahaja dengan izin Allah. Kesemua jenis gangguan yang melibatkan jin sama ada berbentuk perlakuan sihir mahupun tindakan jin yang sengaja dilakukan keatas manusia dikategorikan sebagai gangguan makhluk halus kerana simptom atau tanda-tanda yang terdapat pada pesakit tersebut biasanya sama. Antara tanda-tanda penyakit gangguan makhluk halus adalah seperti berikut:-


1. Perasaan takut tanpa sebab-sebab yang dapat dipastikan. Perasaan takut kadangkala merasa seolah-olah diri diperhatikan dari satu arah tentu.
2. Perasaan takut pada masa-masa tertentu terutamanya pada waktu malam bermula selepas maghrib sehingga tengah malam. Sesetengah pesakit mula merasa sejuk pada kedua-dua tangan dan kaki setiap kali waktu malam.


3. Seringkali mendengar bisikan-bisikan tertentu.


4. Sukar tidur malam. Sebahagian pesakit tidak merasa mengantuk, sebagian pesakit meras mengantuk bersangatan namun tidak mampu tidur. Terdapat juga pesakit yang tertidur tetapi tidak dapat melelapkan mata disebabkan seringkali dikejutkan dengan mimpi-mimpi yang menakutkan. Malah sesetengah pesakit tidak dapat tidur disebabkan terasa diri dikejutkan seseorang sedangkan perkara tersebut tidak berlaku.


5. Seringkali dihimpit setiap kali tidur berseorangan.


6. Mimpi yang menakutkan seperti melihat haiwan berbisa (ular) haiwan ganas (harimau, buaya dsb) Biasanya haiwan-haiwan ini berwarna gelap/hitam.


7. Bermimpi orang yang telah meninggal dunia atau bermimpi seolah-olah diri akan mati/berada dalam kubur.


8. Bermimpi jatuh ditempat yang tinggi


9. Bermimpi menyusukan bayi/anak kecil


10. Bermimpi mendapat amalan tertentu dari sumber yang tidak dapat dipastikan


11. Bermimpi melakukan pekerjaan tertentu sehingga kepenatan melakukan kerja tersebut dapat dirasakan sebaik sahaja bangun tidur.


12. Fikiran sentiasa runsing tanpa dapat dikawal
13. Seringkali terlihat kelibat tertentu dan halusinasi.


14. Seringkali lupa atau merasa malas untuk mengerjakan solat dan kewajipan agama


15. Berasa was-was ketika solat atau berwudhuk


16. Merasa marah tanpa sebab-sebab yang munasabah.


17. Jantung sentiasa berdebar-debar tanpa sebab.


18. Merasa benci kepada suami atau isteri serta merasa marah bersangatan tanpa sebab atau disebabkan perkara yang kecil.


19. Melihat wajah suami atau wajah isteri seolah-olah hodoh.


20. Tiada bernafsu setiap kali ingin bersama isteri atau suami.


21. Seringkali terhidu bau wangi atau busuk.


22. Merasa sakit-sakit dibahagian tertentu seperti sendi dan dibahagian belakang badan.


23. Terdapat bonjolan yang menyakitkan dan kadangkala bonjolan ini berubah dari satu tempat ke tempat yang lain.


Rawatan dengan ayat-ayat al-Quran keatas pesakit ini biasanya akan menimbulkan riaksi berikut:-


1. Kepala atau tangan pesakit akan menggeletar dan menggigil.


2. Mata pesakit mula melilau


3. Pesakit menjerit dan meronta sedangkan perawat hanya memegang dan membacakan ayat al-Quran.


4. Pesakit meracau dan dialog mula berlaku.


5. Pesakit pengsan.


Terdapat juga kes gangguan dimana pesakit tidak menunjukkan tanda diatas ketika proses rawatan dijalankan. Ini bukanlah kerana perawat tidak mampu untuk merawat pesakit. Tetapi ia adalah disebabkan jin yang ada dalam diri pesakit telah lama melakukan tugas jahatnya. Sekiranya ini berlaku, perawat hendaklah istighfar dan berserah kepada Allah dengan membekalkan air doa untuk diminum dan dimandi. Insyaallah pesakit akan sembuh pada rawatan yang akan datang. 

Friday, April 20, 2012

hayatilah~

pilu membacanya...jauh berbeza dengan kehidupanku..
Ya Allah...
ampunilah dosa kedua ibu bapa ku..~

Sharing untuk sahabat-sahabat...

Nota penting untuk ibu-ibu. 
Peluklah, ciumlah selalu anak-anakmu.
PANDUAN MENDIDIK ANAK

1) Jangan pukul anak dari lutut keatas

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. Nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control.

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya. Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak.

Sabda Rasulullah s.a.w.

“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”

4). Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5). Berikan anak anda pelukkan setiap hari. (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

6). Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

7). Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan.
(Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8). Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.

9). Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10). Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11). Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12). Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13). Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14). Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15). Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16). Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17). Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18). Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19). Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam.

20). Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

21). Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22). Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

“Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi”..

Tuesday, April 17, 2012

rindu BUNGA HITAM~

cuti mid sem telah berlalu...
aku pulang kt UKm tercinta pada hari jumaat..awal..?mmg pun...=(

kenapa..?ada hal + ngan gangguan perasaan..=(
xde sape2 pun yg tahu walapun parents aku..
bagi aku, bia Allah n aku je yang tahu..biar la ia mnjadi rahsia..
walau skit mne pun nk telan sakit ni, bia aku je yang tanggung...

orang kate, kite boleh luahkan kpd kawan..tp TIDAK bagi aku...
aku jenis yang sensitive..mybe pe yg aku pkir xsame ngan pkiran orang lain..
so, pape yang berlaku bia aku saje yang rasa n tnggung..ade orang suggest jumpe KAUNSELOR...
tp TIDAK jugak bg aku...ade jugak orang kate pendengar yg TERBAIK n SETIA adalah parents kite..tp TIDAK pada aku..
bapak aku yg agak pendiam tu mmg mustahil bagi aku utk kongsikan masalah...ibu aku pulak.....hmm...xpela, lebih baik aku pndam je la...abes cite...skit aku, pening aku...

haha...tu bukan yang aku nk citekan...tajuk lain, tp entry lain...kih3..

si nakal..?spe...meh aku citekan..xmo tau sudah.. :p

cuti midsem yang lalu, aku kompem-kompem la blik umah kan...kate pun CUTI..
time ni la aku balik..time lain xde mase nak blik.
1st skli aku bila aku msuk umah, pe yang aku buat ialah aku cari BUNGA..
knpe bunga..?bunga apa..?
ce teka,,,bunga apa kaler itam..?hahaha~..
mesti ade yang jwb bunga tayar kan... :p
pun bukan...
sblm ni pun aku pnah gtau sal bunga ni...
pe lagi...
ni la......
*
*
*
*
*
jeng...jeng...jeng...!!


ni la BUNGA tuh...

dah besar bunga ni...n nakal sangat2..!!
sampai calar-calar tangan digigitnya...
ppe pun sayang bunga ni sangat2...~

lagi...


lagi..!!


ok...dah cukup.. =)

kucing ni pndai mengurut taw...
ciap kuar kuku lgi...ni la dnamakan cakar kucing..haha~


p/s : excited nak balik bile igtkan si bunga nih..~nanti nak cite sal REMIS lak...bez-bez...kih3..~

Thursday, February 9, 2012

aktiviti cuti sem

kucing satu kemestian bagi aku..
tak de kucing kat umah, aku g cari kucing.
aku melawat kat kedai haiwan..cam tak de keje plak kan..hoho..~
balik umah 2 hari lepas tekejut ade sekor kucing.pelik.
rupa-rupanya kucing orang bagi. bulu lebat. perghh.. terbaiklah.!

ari ni aku tiba-tiba aku rasa nk mandikan kucing ni.

jom skodeng!

seejjuukkk....~
cam alien rupanya...haha

didera lak amik gambar..~

ni proses pengeringan..kain batik sudehh..~

ni lak proses penjemuran... 


ok..tadaa...badan dah kering..leh main2...jom!

wanginye badan nih..~

Friday, January 13, 2012




rindu si buas ni...
rindu sangat...sangat and sangat....!!




Wednesday, January 11, 2012

cABARAN AWAL TAHUN.

Alhamdulillah... Allah masih memberi pinjam nikmat-Nya kepadaku..

Namun begitu, bukan bermakna kita tidak diberikan dugaan hidup..
Awal-awal tahun pun dah banyak dugaan.

Dugaan yang aku alami terlalu banyak. Hanya Allah saja yang tahu. Banyak keje perlu lakukan. Bila aku stress, aku wat tak tau je. Aku berkhayal. Haha..habeskan masa camtu je..

Bukan itu yang aku nak fokuskan. Aku jusz nak luahkan apa yang aku rasa and pendam selama ini. Tentang KAWAN. 

Sejujurnya aku memang terasa dengan kawan aku ni.. terasa cmne..? kerana percakapaannya! bukan sekali, tapi dah berkali-kali.. Dah remuk hati aku ini. Aku juz ignore. Tak nak pikir banyak. Think positive. MANUSIA kan, mesti ade buat salah and silap. Begitu juga aku.. Tapi nampaknya perkara yang aku diami ini, semakin menjadi-jadi.

Aku dah lama pendam sebenarnya tentang kehancuran hati aku ini. Tapi kali ini, aku terpaksa luahkan. Kite ada banyak pilihan untuk tegur seseorang itu. 1. face to face 2. org tengah 3. silent pnishment. dll
Camne aku luahkan.? aku menggunakan ORANG TENGAH.

Sebelum kite judge orang, kite mesti tahu dulu kan perangai seseorang itu. Aku pun.! aku bukan saja-saja nak guna orang tengah. dah TERPAKSA.
aku bukan nak malukan dye, tapi aku nak dye supaya lebih berhati-hati dan menjaga percakapan dilain masa. Aku xkate dye laser, tapi lebih menggunakan bhsa yang lebih lembut.

Kalau kawan kita ade perasaan ego yang tinggi, dan tak leh nak terima apa orang nak tegur. cepat melenting, xleh guna face to face. tapi mungkin kawan kita tak tau pun yang perangai memang camtu kan. masih lagi nak bela diri.

Aku salah. pliz tegur aku. tak perlu nak hebohkan kat semua orang yang aku ni telah wat salah. Semua benda dapat di 'settle'. tak perlu nak di panjangkan. Tapi aku telah dimalukan. Ok Fine.aku terima!

Disaat itu, tangan aku mula menggeletar n air jernih telah gugur dari mataku. Aku sebak. bnde kcik tapi dihebohkan semua orang. ok, aku xpndai wat keje. aku hanya menyusahkan orang je. aku tak perfect.

sekali aku dah terasa ngan someone, ssah untuk aku kembali normal. tapi sekurang-kurangnya aku cuba untuk memaafkannya. Tapi berbekas lam hati takleh nak hapus.

senyap aku bukan bermakna aku xmau kawan. tapi aku perlukan masa untuk redakan hati aku. tenangkan hati aku. myb blh jadi satu bntuk pgjaran untuk bagi kesedaran pada dye. sapa tau.? tu pun kalau dye sedar and faham.


SABDA NABI MUHAMMAD S.A.W 


"Percakapan orang yang berakal muncul dari balik hati nuraninya. Maka ketika hendak berbicara, terlebih dahulu ia kembali pada nuraninya. Apabila ada manfaat baginya, dia harus bercakap dan apabila ia boleh mendatangkan keburukan, maka dia hendaklah tidak melafazkannya. Sesungguhnya hati orang yang bodoh berada dimulut, ia berbicara sesuai apa sahaja yang dimahukan." 

Friday, December 16, 2011

jalan-jalan kt blog jap..rndu pulak..

sebenarnya aku kebosanan. Asgg yg byk. Mggu depan dah final, tapi assg ade lagi. Apakah..? Adehh!!..

bukan itu yang aku ingin bicarakan.. Cewahh...

sbnarnya aku tertanya-tanya, kenapa orang MELAYU ni taksub sangat dengan artis-artis? lebih-lebih lagi orang ISLAM..

bagi aku xsalah kita nk minat seseorang itu, tapi jangan lebih dari MINAT RASULULLAH dan agama. tahu batas-batasnya..!

aku pelik! 
minat yang terlampau sanggup terkinja-kinja demi artis tu. sanggup habeskan ratusan, ribuan ringgit demi artis... Tak perlu kowt!

berjam-jam depan komputer, laptop, tv semata-mata nk tengok artis tu.
kawan pun dah diketepikan... 

bila ditegur, kata suka kacau tepi kain orang.
bodoh ke apa.? artis tu yang kau nk sanjung-sanjung..?
artis ada jaminan ke masuk syurga..?

aku pun ade jugak minat artis. tapi tak la se-EXCITED sampai nak tiru gaya, nak habeskan duit utk artis..
ckupla mnat sekadar kagum dgn bakat yang dye ada and suka melihat keindahan ciptaan Allah tu,,

nanti bile kau susah, artis tu datang tolong ke..?
nanti kau sakit, artis tu datang melawat ke..?
nanti kau mati, artis tu nak bacakan kau yassin ke...?

p/s : mntak mf la kalau ade yang terasa~